KUANTAN: Seorang penganggur yang baharu sahaja dibebaskan daripada penjara, sekali lagi diberkas polis minggu lepas kerana disyaki mengetuai kumpulan mencuri motosikal.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata suspek berusia 33 tahun dikenali sebagai 'Mat Mata' itu dihukum penjara lapan bulan di sini kerana mencuri motosikal pada Februari lepas, selain perlu menjalani pengawasan polis selama setahun hingga Oktober 2024.
"Bagaimanapun, dia hanya melaporkan diri di balai polis di Bachok, Kelantan pada minggu pertama Oktober dan dipercayai pulang ke Kuantan sebelum terlibat dalam lapan kes kecurian motosikal, dua buah kereta dan sebuah van yang dilaporkan hilang bermula hujung bulan lepas.
"Selain Mat Mata, polis turut menahan empat lelaki warga tempatan berusia antara 22 hingga 33 tahun dipercayai anggota kumpulan itu pada serbuan 22 Nov lepas di sekitar Kuantan dan Pekan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini hari ini.
Wan Mohd Zahari berkata serbuan itu turut merampas sebuah van curi yang dipercayai digunakan bagi melakukan jenayah itu, enam motosikal termasuk sebuah telah dileraikan dan sebuah kereta yang dilaporkan hilang di Jaya Gading di sini, namun ditemukan telah dibakar di tepi jalan di Pekan, dekat sini.
Beliau berkata kumpulan itu menyasarkan motosikal di kawasan perumahan dan akan menggunakan kenderaan itu terlebih dahulu sebelum dijual.
Polis tidak menolak kemungkinan wang jualan digunakan untuk melepaskan gian kerana semua suspek mempunyai rekod jenayah dadah, katanya.
"Kumpulan ini dipercayai menggunakan kunci Allen yang diubah suai untuk membuka pintu van dan kereta sebelum menyambung wayar untuk menghidupkan enjin manakala motosikal dicuri dengan cara mengangkat kenderaan itu ke dalam van," katanya.
Wan Mohd Zahari berkata kesemua suspek yang masih bujang direman hingga esok dan polis akan memohon supaya tempoh itu disambung bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri, Seksyen 411 kanun sama iaitu memiliki harta curi dan Seksyen 414 kanun sama kerana membantu menyembunyikan harta curi.
Dalam pada itu, beliau berkata kes kecurian motosikal di Kuantan setakat 26 Nov tahun ini meningkat kepada 161 kes berbanding 124 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Justeru beliau menasihatkan orang awam supaya lebih peka terhadap keselamatan kenderaan itu termasuk menggunakan kunci tambahan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 27 2023
Suspek dihukum penjara lapan bulan kerana mencuri motosikal pada Februari lepas, selain perlu jalani pengawasan polis selama setahun. - Gambar hiasan
Kumpulan Yahudi menyertai protes pro-Palestin di UK
Protes anti-Zionis semakin rancak di dunia barat dengan di Cambridge, protes pelajar kini turut disertai kumpulan Yahudi sendiri. Luqman Hariz melaporkan dari Cambridge.
#AWANI745
#AWANI745
Siti Nurul Masyitah ditempatkan di ICU - Keluarga
Atlet kayak Siti Nurul Masyitah Md Elias, 22, yang cedera parah selepas dilanggar pemandu mabuk, kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta, di sini.
Samsung TV: Era baharu televisyen dikuasakan AI
Samsung Electronics Malaysia melancarkan barisan televisyen dikuasakan kecerdasan buatan (AI) tercanggihnya, menampilkan model baharu Neo QLED 8K dan 4K serta OLED.
#AWANI745
#AWANI745
[TERKINI] Lawrence Wong angkat sumpah sebagai Perdana Menteri Singapura
Pelancong perlu keluar dari Arab Saudi sebelum 29 Zulkaedah
Laporan Haji 1445H/2024M bersama Dr Azlinariah Abdullah dan Linda Salim dari Mekah menumpukan mengenai ketegasan kerajaan Arab Saudi memastikan kelancaran operasi haji pada tahun ini dengan bertindak memulakan tangkapan ke atas mana-mana individu yang menyalahgunakan visa pelancong untuk tujuan mengerjakan haji.
#AWANI745
#AWANI745
Siti Nurul Masyitah sering ulang alik jaga ibu
Siti Nurul Masyitah yang mengalami kecederaan parah masih ditempatkan Unit Rawatan Rapi sebuah hospital swasta di Iskandar Puteri Johor. Bagaimanapun abangnya, Muhammad Syafiq memaklumkan adiknya berada dalam keadaan stabil dan melakukan prosedur pembedahan tulang pelvis dan bahu kanan, pada Selasa.
#AWANI745
#AWANI745
Dua pegawai kanan badan berkanun seleweng projek RM1.2 bilion
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya menahan DUA Pegawai Kanan Badan Berkanun kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dan Menyeleweng dana peruntukan pinjaman daripada Kementerian Kewangan (MoF) bagi Projek Pembangunan bernilai RM 1.2 billion.
#AWANI745
#AWANI745
Faisal mungkin dibenarkan pulang dua minggu lagi
Pemain Selangor FC, Faisal Halim berkemungkinan dibernarkan pulang dalam tempoh sekurang-kurangnya dua minggu lagi selepas keadaan kesihatannya bertambah baik.
#AWANI745
#AWANI745
Lawrence Wong sah PM Singapura baharu, Lee Hsien Loong kini Menteri Kanan
Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lawrence Wong, 51, secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Republik itu yang baharu, pada Selasa.
Lawrence Wong selesai angkat sumpah Perdana Menteri Singapura keempat
Lawrence Wong, 51, selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Singapura yang baharu pada Rabu.
Beliau menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai Perdana Menteri republik itu sejak tahun 2004.
Lawrence sebelum ini telah melantik Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Gan Kim Yong, sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Beliau menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai Perdana Menteri republik itu sejak tahun 2004.
Lawrence sebelum ini telah melantik Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Gan Kim Yong, sebagai Timbalan Perdana Menteri.
'Mat Mata' diberkas lagi, ketuai kumpulan curi motosikal selepas keluar penjara
Suspek dihukum penjara lapan bulan kerana mencuri motosikal pada Februari lepas, selain perlu jalani pengawasan polis selama setahun hingga Oktober 2024.